Tuesday, 15 November 2016

MARI BERPANTUN

PANTUN

1.                 Indah permai di Kuala Linggi,
           Perahu nelayan belayar pulang;
           Satu Malaysia hasrat tertinggi,
           Bersama jayakan negara gemilang.

2.                   Jauh sungguh orang memukat,
            Anak nelayan gagah perkasa;
            Bersatu teguh hidup sepakat,
            Negara aman rakyat sentosa.

3.                 Di hujung titi menitis embun,
           Angin barat menuju muara;
           Hidup seperti serai serumpun,
           Bangkit  sehasrat membina negara.

4.                  Anak rusa jalan beriring,
           Nampak gagah di tepi paya;
           Pelbagai bangsa bergerak seiring,
           Mangatur langkah ke puncak jaya. 

5.        Bayu berpuput mayang mengurai,
           Gugur melayang bunga cemara;
          Barang yang kusut sama diurai
          Negara terbilang rakyat sejahtera.

6                 Damai terasa di hujung sana,
          Bunga di paya berkembang empat;
          Memperkasa bangsa agenda perdana,
          Suburkan budaya saling muafakat.

7.               Delima batu tumbuh merendang.
          Dahan melentuk hingga ke perdu;
          Sukan menyatu rakyat berbilang,
          Muhibah terbentuk teguh berpadu.

8.               Cahaya suria terang di awan,
          Raja Melaka meredah samudera;
          Satu Malaysia penggerak wawasan,
          Mengisi merdeka memartabat negara.

9.                Hinggap kedidi di hujung desa,
          Terbang ke barat burung kenari;
          Bahasa menjadi wahana bangsa,
          Menyatu rakyat  seantero negeri.

10.          Terang di awan  sibintang timur,
          Indah  berseri di malam ceria;
          Negaraku aman   rakyatnya makmur,
          Megah berdiri di persada dunia.
         
Nukilan
Masrina Abdul Majid
GPM SMK Kompleks Tok Adis
Kuala Terengganu

2016

SAJAK- Sejenak di Terengganu

Sejenak di Terengganu

Sejenak di Seberang Takir
aku terkenang
kolek nelayan menyusuri laut sepi
menjaring rezeki
untuk sesuap nasi
anak isteri di pondok tua.

Sejenak di Rantau Abang
aku melihat
Sang penyu masih menangis
gigih menyambung hayat
untuk tatapan
anak-anak di hari muka.

Sejenak di Tasik Kenyir,
Aku terpukau
Melihat biru danau
Gemersik angin membuai rasa
Syahdu dalam segar dan damai

Sejenak di Kuala Terengganu
aku mengimbau sejarah dulu
dan mendepani masa depan.

Kini  Bandaraya Pesisir Air
seluruh warganya  mengerah kudrat
moga negeri ini
terus gah dalam kesibukan siang
bermandi cahaya dalam gelap malam.

Nukilan:

Masrina Abdul Majid
(Guru Perpustakaan dan Media)


Logo Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tok Adis

LOGO PSS SMK KOMPLEKS TOK ADIS


 




1.  Logo PSS sekolah bermula dengan tapak yang bewarna merah. Melambangkan setiap daripada warga di sekolah ini  adalah menjadi asas kepada  pembagunan PSS. Merah melambangkan keberanian, ,kekuatan yang luar biasa dan keterampilan yang terserlah dalam menetukan landskap sekolah pada masa depan.

2.    Asas yang kedua ialah tapak yang bewarna biru. Warna ini menyerlahkan sifat-sifat profesionalisme, pemikiran yang serius, dan integriti dalam menguruskan PSS. Biru juga melambangkan ketulusan,kedamaian dan ketenangan yang perlu ada di PSS demi menjamin kesejahteraan setiap warga di sini.

3.    Warna kuning melambangkan keceriaan dan keriangan setiap warga yang berada di sini. Keceriaan yang lahir dari hati yang lahur sudah pasti akan menjamin keharmonian setiap orang,


4. Bulatan merah membawa pengertian dengan adanya budaya membaca dan mencintai ilmu sudah pasti kita  dapat mencetuskan inovasi lantas menjana transformasi. Seterusnya insan yang   menjadikan amalan membaca sebagai budaya sudah pasti  akan dapat menguasai dunia dan mampu  bersaing dalam arus globalisasi kini







Sunday, 30 October 2016

OKTOBER YANG PADAT DAN PENUH SEMANGAT!

Ainul berkunjung ke UKM Bangi...sempat menjenguk Teacher Suhana


Kejutan Hari Lahir Cikgu Masrina oleh semua para pustakawan

Aktiviti NILAM yang berterusan menjana pembacaan bermanfaat

Suasana sibuk di Perpustakaan Al-Hakam sepanjang Oktober

Ceria lagi bersemangat!

Kunjungan oleh Cikgu Rasdawati Awang dari SMK Seri Budiman...bergambar bersama GPM Masrina dan Ustazah Hadzmi

Kem Kepimpinan yang dikendalikan oleh DJ Amm dan ahli pasukan Heroes Training Academy

Aktiviti Jejak Maklumat

Tayangan Filem oleh Adistar Cinema

Surprise visit oleh Teacher Suhana!
Bertemu tak pernah jemu,
Berpisah tidak gelisah...kerana hati tenang bertaut 

Seminit kembali berkongsi meja dan rasa...


Arieff Danish nak ukur tinggi dengan Teacher Suhana....mestilah Arieff lagi tinggi!

The Lucky Company  ;-) 













Wednesday, 26 October 2016

MAJLIS PERPISAHAN TEACHER SUHANA AHMAD
23 OGOS 2016
PERPUSTAKAAN AL-HAKAM


Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Teacher Suhana menerima hadiah daripada seluruh Keluarga PSS Al-Hakam yang disampaikan oleh Pengerusi, Mohd Kamarul Farhan dan Timbalan Pengerusi, Muhammad Nashahruddin

Para Pustakawan lelaki sedang menjamu selera

Sahabat sejati sukar dicari, hilang dihati tidak sekali-kali

HIdangan ringkas oleh para pustakawan

Gambar kenangan sepanjang zaman



Puteri-puteri SMK Kompleks Tok Adis


Bersama para pelajar 5 Fatonah

We are one BIG FAMILY!

Gelagat nakal pustakawan lelaki

Jurukamera bertauliah...ehem..ehem...

Tonggak perpustakaan...tanpa anda, mana mungkin kita maju ke hadapan!

Forever loving!

Candid...candid....

Air kotak oren

Naim Sumri dan Teacher Suhana


Drama sangat!

Bila lagi nak beratur macam ni dengan Teacher Suhana







Memori kita bersama

Gambar poster filem kita?

Gaya merdeka?


ORANG MENTIGI MENGAIL TENGGIRI,

TENGGIRI DIJUAL DALAM PEKAN
DIRI YANG PERGI MEMOHON DIRI
SILAP DAN SALAH MOHON DIMAAFKAN.






Tuesday, 25 October 2016

HARI PEMBUKAAN ADISTAR CINEMA


Tarikh: 17 OKTOBER 2016
Hari   : ISNIN

Bersempena dengan tamatnya Peperiksaan PT3 untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3, pihak PSS Al-Hakam telah muncul dengan satu lagi idea kreatif iaitu Penubuhan AdiStar Cinema bagi memberikan khidmat tayangan filem berunsurkan inspirasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3. Filem-filem yang ditayangkan dipilih khas bagi memenuhi kriteria yang mampu mendidik serta memupuk kemahiran KBAT dalam kalangan pelajar.
Barisan utama guru dan pengawas perpustakaan  yang mencetuskan penubuhan AdiStar Cinema 


PopCorn comel hasil idea kreatif Cikgu Faira 

Pra-tonton Filem Laskar Pelangi


Penonton sedang khusyuk menghayati filem
Menonton sambil menjawab soalan KBAT
PopCorn Comel wajib ada!
Cikgu Masrina, Cikgu Wan Aldila dan geng jualan ceria mempromosi
Nizam setia mengawasi keselamatan dan penonton melalui CCTV....ejen belakang tabir
Farid Imran berjaya menjawab soalan berdasarkan filem dengan baik sekali.....As'ad  anakanda Cikgu Faira pun ada bersama!
Tiket filem Laskar Pelangi dan poster promosi
Poster Filem....wadah utama tarik pengunjung....
Logo Adistar Cinema



Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja yang telah menjayakan AdiStar Cinema! 
You are the BEST!