PANTUN
1. Indah
permai di Kuala Linggi,
Perahu nelayan belayar pulang;
Satu Malaysia hasrat
tertinggi,
Bersama jayakan negara gemilang.
2. Jauh
sungguh orang memukat,
Anak nelayan gagah
perkasa;
Bersatu teguh hidup
sepakat,
Negara aman rakyat sentosa.
3. Di
hujung titi menitis embun,
Angin barat menuju muara;
Hidup seperti serai serumpun,
Bangkit sehasrat membina negara.
4. Anak
rusa jalan beriring,
Nampak gagah di tepi paya;
Pelbagai bangsa bergerak seiring,
Mangatur langkah ke puncak jaya.
5. Bayu berpuput mayang
mengurai,
Gugur melayang bunga
cemara;
Barang yang kusut sama diurai
Negara terbilang rakyat sejahtera.
6 Damai
terasa di hujung sana ,
Bunga di paya berkembang empat;
Memperkasa bangsa agenda perdana,
Suburkan budaya saling muafakat.
7. Delima
batu tumbuh merendang.
Dahan melentuk hingga ke perdu;
Sukan menyatu rakyat berbilang,
Muhibah terbentuk teguh berpadu.
8. Cahaya
suria terang di awan,
Raja Melaka meredah samudera;
Satu Malaysia penggerak wawasan,
Mengisi merdeka memartabat negara.
9. Hinggap
kedidi di hujung desa,
Terbang ke barat burung kenari;
Bahasa menjadi wahana bangsa,
Menyatu rakyat seantero negeri.
10. Terang
di awan sibintang timur,
Indah berseri di malam ceria;
Negaraku aman rakyatnya makmur,
Megah berdiri di persada
dunia.
Nukilan
Masrina
Abdul Majid
GPM
SMK Kompleks Tok Adis
Kuala
Terengganu
2016
No comments:
Post a Comment